Rasanya memang lama sangat tak ber'blog' ni.. bukan ape.. hidup jadi busy plak dengan hal duniawi (tipulah.. malas sbnrnya).. tapi sekarang rase mcm nak tulis balik.. saya nak kongsi cerita pengalaman saya sebagai bakal ibu =) heheeeeee..
eh.??bile mase pulak kahwin? sori la.. cerita pasal kahwin mcm dah lambat sangat.. saya kini telah mempunyai seorang suami.. dia lah engineer paling handsome.. akauntan paling cermat.. guru paling sabar.. doktor paling penyayang.. he is my everything.. hehe.. semua isteri akan ckp mcm ni tentang suami die.. sbb lepas kahwin, isteri mane bleh berangan laki lain dah! so, suami kita, itu penghulu hidup kita sekarang kan.(mase gaduh bleh ckp mcm ni lg x?) hehe
sebelum memulakan cerita sbagai bakal ibu, saya akan ringkaskan serba sedikit kehidupan sekarang. Tamat pengajian sebagai guru, sempat menganggur dan kerja di syarikat travel milik pakcik. seronok jugak la jumpe orang macam-macam.. kemudian dipostingkan di negeri yang sama tempat belajar dulu.. haiihh.. jd warga Melaka la saya ni ye.. berkahwin hujung bulan Disember 2011.. Alhamdulillah semua berjalan lancar =) semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kami sekeluarga dan anda semua.. ameen..