dari Anas R.A, Rasulullah bersabda; ada tiga perkara yang barangsiapa mempunyai tiga perkara itu, dia akan dapat merasai manisnya iman: 1. jika Allah dan Rasulullah lebih dicintai dari yang selain keduanya 2. jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaanya itu melainkan kerana Allah 3. dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya ia kalau dilemparkan ke dalam api neraka..
Monday, February 23, 2009
warisan kita..
dewasa ini, terlalu banyak program-program berbentuk hiburan. tidak putus-putus rancangan realiti tv mengisi tentatif program dari rancangan mentor(tunjuk ajarku sifu), Malaysian Idol, One In a Million, myStarz sehinggalah kepada yang terbaru iaitu mystarz LG.. terdapat juga rancangan untuk kanak-kanak yang diberi nama 'idola kecil'. apa yang disenaraikan di sini hanyalah beberapa rancangan sahaja daripada yang terdapat di dalam rancangan tv. baru-baru ini aku ade terbaca artikel dalam majalah kesayangan, Millenia muslim, feb 2009 yang bertajuk kanak-kanak dan berhala hiburan. sangat tertarik dengan artikel ini dan nak kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian..
perkataan idola lahir daripada akar kata idol iaitu berhala yang dipuja sebagai tuhan,anak-anak tuhan atau juga dewa2. Sebelum kedatangan Islam, berhala wujud sebagai tuhan yang dipuja dan di sembah oleh masyarakat arab jahiliah.
tempoh ini disebut sebagai era gelap di mana manusia hidup dalam kegelapan moral, jiwa dan pemikiran. zaman gelap ini menyaksikan manusia hidup dalam pemujaan hiburan yang berlebihan, mengamalkan norma kemanusiaan dan berdiri di atas prinsip yang kuat menindas yang lemah. jahiliah wujud sebagai zaman di mana golongan berkuasa menggunakan hiburan serta mewujudkan suasana hidup yang menjauhkan masyarakat daripada kebenaran dan keadilan sebagai salah satu kaedah untuk menjamin pengaruh dan kuasa mereka.
remaja pada hari ini dipengaruhi oleh begitu banyak unsur hiburan yang tidak berlaku pada dua atau tiga dekad lalu. kebanyakan masa dihabiskan dengan menonton televisyen, video, wayang gambar, kompleks beli belah, internet, telefon bimbit dan teknologi interaktif masa kini. ini secara tidak langsung telah mencuri masa remaja sehingga mereka hanya mempunyai sedikit masa untuk menulusuri ilmu pengetahuan. apa yang dipunyai remaja hari ini bukan ilmu tetapi sebaliknya adalah maklumat, yang diterima dan digunakan untuk tujuan keperluan semasa dan vokasional. remaja pada hari ini dikatakan sebagai golongn yang sangat mahir dan mempunyai banyak maklumat terhadap teknologi moden tetapi pada hakikatnya buta dalam ilmu, tidak terkecuali ilmu dan amalan yang merangkumi din iaitu tujuan agama, nilai serta moral dalam konteks hakikat kebenaran ketuhanan.
lebih malang lagi ia diburukkan oleh perilaku pemimpin dan golongan berpengaruh yang bukan sahaja tidak menunjukkan teladan yang baik, malah menghala pemikiran remaja ini ke arah memberhalakan hiburan dan kebendaan yang menghancurkan nilai agama. seorang pengacara popular pernah menyebut bahawa usahanya mendidik kanak-kanak untuk menjadi penghibur adalah bakti serta amalannya yang terpuji untuk memberi sumbangan kepada bangsa dan negara. ternyata pengacara ini jahil dalam menilai makna pendidikan dalam konteks pembangunan insaniah khususnya kanak-kanak.
babak-babak juri memberikan kritikan kononnya terhadap nyanyian dan persembahan, kanak-kanak menangis apabila gagal ke pusingan seterusnya, dan lebih mengharukan lagi ibu bapa yang bertepuk dan melompat memberikan sokongan kepada anak-anak mereka memberikan gambaran bagaimana usaha memberhalakan hiburan dalam masyarakat Melayu ini sudah mencapai kepada tahap yang kritikal.
pendidikan melalui persekitaran tidak lagi mempunyai suasana yang mendekati tujuan melatih perasaan halus kanak-kanak terhadap kehidupan , tindakan, keputusan dan pendekatan dengan ditadbir nilai kerohanian dan nilai etika Islam. malah pola adab Islam (baik dalam tertib berpakaian,, pergaulan dan teladan orang dewasa) sudah rapuh sama sekali
tidak terfikirkah bahawa generasi inilah yang bakal menjadi peneraju masa hadapan yang akan mengambil pucuk pimpinan di kemudian hari. adakah kita ingin mencipta pemimpin-pemimpin masa depan yang mengutamakan hiburan lantas menjadikan malaysia seperti disko? di saat anak- anak kaum lain tekun menyiapkan kerja sekolah di meja study, anak-anak kita pula di mana? sering kita katakan mengenai pembinaan modal insan. inikah modal insan yang ingin kita hasilkan? Pendidikan ISlam wajib menanam kepercayaan dan sikap ini dalam jiwa kanak-kanak dan belia ISlam. di manakah letaknya rancangan idola kecil ini dalam konteks pendidikan kanak-kanak? membina atua menghancurkan jiwa tamadun?
(Abu Nawas, Milenia muslim Feb 2009 thn 7 bil 78)
Thursday, February 19, 2009
aiman dan tempoyak
‘Aiman, awak sorang je tak bayar duit untuk t-shirt sukan” ujar seorang guru menatap anak muridnya yang cilik itu.
“Maaflah ustazah. Saya tak de duit nak bayor baju sukan tu,” sahut Aiman perlahan. Tangannya disembunyikan di belakang smbil muka memandang ke bawah. Si kecil itu berdiri persis seorang pesalah.
“Tapi mak saya kabor, kalau ustazah nak, saya boleh bawakan tempoyak ganti duit baju tu” sambungnya pekat dengan lorat perak sambil memandang raut wajah guru kesayangan yang berusia lebih separuh abad itu penuh pengharapan.
Guru itu tersentak memandang wajah anak muridnya yang langsung tidak menggambarkan sedikit pun perasaan malu. Tabah sungguh anak kecil ini. Apa yang dia tahu mengenai kehidupan. Tiada jawapan yang tepat bermain di fikiran guru itu. Tetapi pastinya sudah sebati dengan kesusahan. Sudah mengerti erti kepayahan keluarganya.
“ kalau macam tu, baiklah. Awk bawak tempoyak tu esok. Ustazah memang suke makan tempoyak. Baju sukan ni, ustazah bayarkan” ujar guru itu memberikan jawapan. Peleraian kepada masalah yang dihadapi murid tersebut. Riak muka aiman jelas berubah girang. Tangannya menyambut gembira baju sukan tersebut. Setelah mengucapkan terima kasih, aiman berlari anak menuju ke bilik darjah sambil mengelek tshirt sukan. Sudah terbayang di fikirannya yang dia pasti dapat memakai baju sukan tersebut semasa hari sukan yang bakal tiba tak lama lagi.Wajahnya terpancar sinar kegembiraan.
Cerita di atas adalah salah satu asam kehidupan yang diceritakan oleh ibu saya semasa kami berbual-bual di waktu petang yang hening. Kebetulan saya berpeluang untuk berjumpa dengan Aiman semasa menjadi pemandu kepada mak ke sekolah pada waktu cuti untuk menghias bilik darjah. (semua murid kelas berkenaan dikatakan akan hadir untuk bersama-sama bergotong royong menghias kelas, tetapi hanya Aiman dah Shafiqa yang merupakan penolong ketua kelas sahaja yang datang) Budaknya petah dan sangat rajin menolong gurunya. sebagai seorang guru yang prihatain dan memahami masalah yang dihadapi muridnya, langkah yang dilakukan oleh guru tersebut adalah amat wajar bertepatan dengan sabda Rasulullah saw:
“ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga.”
Saya turut difahamkan, guru-guru di sekolah berkenaan kemudiannya menempah kuih daripada aiman sebagai salah satu cara membantu keluarga aiman. (ibu aiman adalah seorang yang rajin dan pernah menghadiahkan emak kraftangan berbentuk pasu bunga yang besar yang diperbuat daripada kertas surat khabar. Sungguh cantik!) Saya percaya, bagi para guru, ini bukan lah sesuatu yang asing berlaku di sekolah malah menjadi asam garam dalam kehidupan. Aiman adalah watak seorang murid yang berada dalam darjah 3 di sekolah tersebut dan merupakan seorang pelajar yang pintar didalam kelas, dan sangat menghormati guru-gurunya. saya sebenarnya kagum dengan semangat aiman. Masih kecil tapi begitu tabah dengan kehidupannya. Kadangkala pelik dengan sikap sesetengah manusia yang seakan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Bersedih hanya apabila kehilangan apa yang dimiliki. Kalau dilihatkan begitu ramai yang hanyut dan menyalahkan takdir di atas kemiskinan mahupun masalah yang dihadapi tanpa memikirkan kesan yang bukan hanya yang akan menimpa mereka malah turut terpalit kepada maruah bangsa dan agama kita sendiri. kebahagiaan apakah yang kita cari selama ini sehingga tidak terjumpa-jumpa lagi?