‘Aiman, awak sorang je tak bayar duit untuk t-shirt sukan” ujar seorang guru menatap anak muridnya yang cilik itu.
“Maaflah ustazah. Saya tak de duit nak bayor baju sukan tu,” sahut Aiman perlahan. Tangannya disembunyikan di belakang smbil muka memandang ke bawah. Si kecil itu berdiri persis seorang pesalah.
“Tapi mak saya kabor, kalau ustazah nak, saya boleh bawakan tempoyak ganti duit baju tu” sambungnya pekat dengan lorat perak sambil memandang raut wajah guru kesayangan yang berusia lebih separuh abad itu penuh pengharapan.
Guru itu tersentak memandang wajah anak muridnya yang langsung tidak menggambarkan sedikit pun perasaan malu. Tabah sungguh anak kecil ini. Apa yang dia tahu mengenai kehidupan. Tiada jawapan yang tepat bermain di fikiran guru itu. Tetapi pastinya sudah sebati dengan kesusahan. Sudah mengerti erti kepayahan keluarganya.
“ kalau macam tu, baiklah. Awk bawak tempoyak tu esok. Ustazah memang suke makan tempoyak. Baju sukan ni, ustazah bayarkan” ujar guru itu memberikan jawapan. Peleraian kepada masalah yang dihadapi murid tersebut. Riak muka aiman jelas berubah girang. Tangannya menyambut gembira baju sukan tersebut. Setelah mengucapkan terima kasih, aiman berlari anak menuju ke bilik darjah sambil mengelek tshirt sukan. Sudah terbayang di fikirannya yang dia pasti dapat memakai baju sukan tersebut semasa hari sukan yang bakal tiba tak lama lagi.Wajahnya terpancar sinar kegembiraan.
Cerita di atas adalah salah satu asam kehidupan yang diceritakan oleh ibu saya semasa kami berbual-bual di waktu petang yang hening. Kebetulan saya berpeluang untuk berjumpa dengan Aiman semasa menjadi pemandu kepada mak ke sekolah pada waktu cuti untuk menghias bilik darjah. (semua murid kelas berkenaan dikatakan akan hadir untuk bersama-sama bergotong royong menghias kelas, tetapi hanya Aiman dah Shafiqa yang merupakan penolong ketua kelas sahaja yang datang) Budaknya petah dan sangat rajin menolong gurunya. sebagai seorang guru yang prihatain dan memahami masalah yang dihadapi muridnya, langkah yang dilakukan oleh guru tersebut adalah amat wajar bertepatan dengan sabda Rasulullah saw:
“ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga.”
Saya turut difahamkan, guru-guru di sekolah berkenaan kemudiannya menempah kuih daripada aiman sebagai salah satu cara membantu keluarga aiman. (ibu aiman adalah seorang yang rajin dan pernah menghadiahkan emak kraftangan berbentuk pasu bunga yang besar yang diperbuat daripada kertas surat khabar. Sungguh cantik!) Saya percaya, bagi para guru, ini bukan lah sesuatu yang asing berlaku di sekolah malah menjadi asam garam dalam kehidupan. Aiman adalah watak seorang murid yang berada dalam darjah 3 di sekolah tersebut dan merupakan seorang pelajar yang pintar didalam kelas, dan sangat menghormati guru-gurunya. saya sebenarnya kagum dengan semangat aiman. Masih kecil tapi begitu tabah dengan kehidupannya. Kadangkala pelik dengan sikap sesetengah manusia yang seakan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Bersedih hanya apabila kehilangan apa yang dimiliki. Kalau dilihatkan begitu ramai yang hanyut dan menyalahkan takdir di atas kemiskinan mahupun masalah yang dihadapi tanpa memikirkan kesan yang bukan hanya yang akan menimpa mereka malah turut terpalit kepada maruah bangsa dan agama kita sendiri. kebahagiaan apakah yang kita cari selama ini sehingga tidak terjumpa-jumpa lagi?
No comments:
Post a Comment