Siap membeli barang2 dapur, kami pusing2 di sekitar kawasan tersebut mencari2 tampat yang sesuai dan menyelerakan bagi mengisi perut kami yang mula berkeroncong.
Kalau nak beli barang dapur, dinasihatkn makan dulu sebb nanti bile membeli belah dikhuatiri akan mula membeli makanan yang berbagai jenis. Hehe..
kwn makcik, kak shaf mencadangkan kami makan di suatu tempat. Tempat itu kelihatan sedikit eksklusif dan iklan ayam panggang di depan restoran itu kelihatan begitu menyelerakan. Kami memesan 2 ekor ayam panggang untuk kami 10 orang makan. Ayam yang dipesan kelihatan menyelerakan sekali..
tapi, di akhirnya kami tak mampu menghabiskannya. Ayam golek kat pasa mlm pon lg sedap tau. Hu.. kecewa..
tapi kami takde la merungut depan2.. nti terase plak yang belanje kami next time takde nak belanje dah. Hehe.. tapi perasaan kecewa itu akan tetap dalam ingatan kami.
Penah tak korang rase macam ni, memikirkan sesuatu itu indah, tetapi ianya tidaklah seindah itu sebenarnya. Ape perasaan korg? Kalau aku, mestilah sedih. N berazam da taknak pegi tmpat tu lg.. fobia. Haha.. tambah pulak kalau kafe tempat kite belajar, makan2 tejumpe pelbagai barang yang tak sepatutnye ade kat dalam mkanan tersebut.. terase nak menyumpah2 je kafe tu.. tp kite tak mcm tu kan?? =)
Begitu juga manusia.. apa yang kita harapkan tak semestinya indah. Tak mungkin seindah yang kita bayangkan.
Mcm pelangi yang hadir bersama pelangi selepas hujan panas.. jauh nampak cntik.. tp ia tidak dpat di capai. Tidak dapat dipegang.. muncul hanya seketika selepas hujan.. hanya cantik dan indah untuk menggembirakan orang lain.. tp ni takleh nak disamakan dengan mkanan td tu.. sama sekali tidak..hehe
Namun aku percaya, setiap manusia mempunyai kelemahan sendiri. Perlu masa untuk berubah.. perlu kekuatan dan sokongan untuk berdiri semula.. jangan kita hanya melihat kelemahan orang lain, lihatlah kebaikan dan kekuatan yang dia miliki.
Bagaimana pula dengan diri sendiri?
Kita perlu sentiasa membina kekuat an diri, memperbaiki kesalahan diri sendiri.. sebenarnya kita perlu sentiasa beringat.. kita semua tidak sempurna.. aku sendiri mempunyai banyak kelemahan.. yang perlu aku perbaiki.. dalam bersahabat, selain kasih sayang, yang penting ialah penerimaan kita terhadap sahabat kita itu seadanya. Begitu juga dalam konsep rumah tangga.. bukan hanya suami isteri, malah adik beradik juga. Apepun, walaupun orang lain mungkin boleh menerima kelemahan kita, kita tetap perlu memperbaiki diri sendiri.. Quran dan sunnah jadi pengangan.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya. Amin..
eh..syok gile jln2 dgn kak shaf..kem slm kt dia and mak uda..rindunya nk balik kg..
ReplyDeletecerita2 imah buat kilah rindu je..heh
kilah, mak uda nak kawen dah..
ReplyDeleteinsyaAllah 0108o9 nti.. imah ngah praktikum.. tak tau la sempat balik tak.. hehe
eh 1/8?tarikh kakak sy kawin imah^_^
ReplyDelete