Wednesday, July 1, 2009

salam akhir..

Setiap yang bermula, pastikan berakhir..
Begitu juga setiap yang hidup pastinya akan meninggalkan dunia ini..
Alfatihah buat sahabatku dzulfaridh zulkefli di atas pemergiannya pada 29 jun yang lepas.. semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
April yang lepas, arwah telah dimasukkan ke hospital serdang. Keadaan arwah ketika itu sangat menyedihkan.. tidak mengenali orang sekeliling, sukar untuk bergerak dan bercakap.. aku sempat menziarahi kerana terkejut dengan berita yang ku terima. Hampir menangis aku melihat keadaannya..
Di hospital, arwah setia ditemani oleh ibunya yang tidak jemu menjaganya..2 minggu selepas dimasukkan ke hospital, arwah dibenarkan pulang ke rumah dan keadaan arwah beransur pulih..
Arwah merupakan seorang yang sangat aktif menyertai aktiviti2 luar dan sangat gemar melukis. Merupakan seorang teman yang baik dan sangat positif dalam menghadapi masalah.
Sahabatnya menceritakan hari2 terakhir arwah dan aku tak nk cerita kat sini takut salah fakta.. menurut sahabatnya, arwah kerap menyanyikan lagu salam terakhir oleh sudirman.. seakan-akan mengetahui apa yang bakal berlaku..
semoga kita semua juga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
al fatihah..

2 comments:

  1. btol ke ble org nk mati die akan wat sumthing yg pelik?..pe2 pn tkziah utk kluarga arwah..

    p/s:ade tag utkmu diblogku..haha

    ReplyDelete
  2. i miss my bro really much.. alfatihah

    ReplyDelete