Monday, March 23, 2009

holiday~~



13 mac..hari ni aku balik kg.. seronoknyee.. tapi risau jugak balik naik bas sorang2. kononnye nak sampai awal, jimat mase duk kat umah lame2. amik bas ke pudu then trus ke medan gopeng. tu pon nasib baik ade. tapi banyak pulak keje tak setel. pagi pukul 10 pegi hantar esemen bi. alhamdulillah dah siap. tinggat 4 lg.. er.. 5 la. huuu..

lepastu pegi jmpe En. bkhtiar yang bakal meng'observe' bukak cuti nanti.. observe ape? well, bukak cuti nie bermulalah kisah aku dapat title 'cikgu'. tp lom btol lg la. cikgu prak la katekan.. da sedia ke?? hu~ macm selekeh j. cmane ni.. cmane ni.. erm.. balik kat kesah nak balik. ni dah kul 1.30, jaja duk kat bilik praktikum lg.. hu.. cepat ja.. cepat.. ktorg punyela jalan cepat nak balik.. kisah nak buat experiment rock tpakse aku lupekan. tak sempat. kul 1.30 da nie.. huu.. cmane ni ja, uncle kuppu g port dickson lak cmane nak balik.. isk.. nasib naik nana ade. thanx nana.tp kitorg da lambat nie.. da dekat kul 2! jerit kat pakcik bas.. fuh~ sempat. hehe.alhamdulillah jmpe jgak dak junior yang same tujuan ke ipoh. blehla jalan same2. takla takut sgt kat pudu tu. hu~

smpai pudu tros g solat. 1st time solat kat pudu. slalunye amik teksi pegi kl sentral smate2 nak solat. takut pnye pasal. hee.. kat pudu jmpe rmai jgak jr dak ipoh. slame ni aku tak la berseorangn kat maktab tu rupenye.. masing2 tak sgke aku nie snior dorg sbb igtkn sbaye.. apekah?? tak kesah. da bese.. hehe..

ke ipoh, ade sorg pakcik duk sbelah. nak nangis pon ade. pakcik, leh tak tuka tpt ngan pakcik belah sane.. sy.. err.. ntah ape alasan aku nak bg ni.. mcm bese tu sume ayat2 lam otak j. tak tkelua kat mulut pon.. pnakut btol nak mitak tuka tpt duduk. ape la imah ni. nasib baik pakcik tu baik.. duk diam je tepi aku. tak jgak.. mcm bisnesmen j.. asik ckp ngn tepon..

tup tup da nak sampai ipoh. 2 jam lbeh j. kat medan gopeng, jmpe kak wan plak. borak pjg2. pasal kawen la.. pe la.. eh.. kawen lg. hu.. pe ntah. pasal kawan2 nak kawen la. da smpai jdoh dorg. alhamdulillah skali lg. =) kpade kwn2 yg nak kawen tu, slamat bkawen.. jgn lupe nak jmput plak.. hee.. sronok la mkn free. mak abah sampai dalam stgh jam lepas tu. lam kete sempat plak abah bawak g jalan2 tgk tpt hentian keertapi. nak suh blk naek ketapi la tu.. klasik la tpt die. hehe.. abah tanye, sape duk seblah dalam bas? hu.. soalan yg aku tak suke. pakcik mane ntah.. jwb slow2 j. prepare nak kne marah.. sterusnye korg pon leh agak kan.. hmm.. tau abah risau.. sume org tlg risau imah smpai imah da tak risau kat dri sdiri. heh. smpai umah.. pnatt..

esoknye g umah org kawen. kat kl! jauh gle. bdak tu bkas budak utp, abah tolong mase die eksiden. da keje da. nice sgt die pnye majlis.. banyak bunge ros segar. cantik2. heh. ringan j tgn nie nak petik.. sabar imah, sabar.. balik tu g umah kak ati. jmpe ijat. asik ngn atuk die j. tetibe j die tgk aku, pastu datang kat aku gelak2 peluk kaki.. die igt kot cik imah die jage die cuti hari tu. hehe.. bangge~~ waa.. comelnye ijat + ngade.hehe.

ahad, ade ngaji kat pondok.pegi. tapi tak rmai sdare yg ade. maktam paktam g kl. mak uda tak bape sehat. pakcik zul n mak leli plak layan faten nangis, pakcham ade skejap. pakcu n pak chemi g indon.. da la ustaz len gnti pakchu ngaja. tak meriah lgsung. heh. blaja pon nak meriah ke.. blaja pasal ape ek.. emmm.. hadis 40. yg ni pasal niat kot.. tak bape fokus sgt.. hehe.. ade la ctat cket.. rate2 yg dtg, da tua2. org kg. adik2 da lame blah.aku j yg plg mude kot. tjuk la rajen cket. hee.. abis tu, aku org 2nd kuar. sgan lak.npak 1 makhluk tu. kecik. miow2.. eh.. astaghfirullah.. anak haram rupenye.. (khinzir) makk!! pastu die tgk aku. mane aku nk lari nih?? las2 binatang tu lari dlu. dasyat.. sbelah umah arwah opah tu semak2. banyak la kot binatang tu. kelaka pon ade. haha. petg, cikin dtg. ngn pakwe die. sgan2 aku nk borak.hehe..lame jgak la aku borak dalam keadaan malu2. ckp slow.. maap la ek kin. segan nak borak pasal kawan2 depan pakwe awk. hehe.. malam tu tdo awal. bngun tgh malam nak wat esemen. siap cket j pon. mak pon stayup jgak. hri lepas tu mcm bese je. abg balik dr jpon pon tak stay kat umah sgt. asik jalan j. baik tak yah balik.. da la jrg jmpe.. ish ish.

rabu.. atuk belah abah meninggal lepas j azan maghrib. alfatihah~

nasib baik family belah mak rmai yg ade. bnyak tlg.. sedih.. thanx sume. semoga arwah atuk tenang. esoknye kebumi kat manjung..agak lewat coz sgah kat surau solat jnazah kali kedua plak. dkat tghari baru abis doa pe sume. aku ni dpd pg tak mndi, balik pening2. hu~

jumaat.. da nak balik. hati tak tenang coz bnyak esemen tak siap. hu~ tghari pegi balik kg makan2. sedap2. hehe.. bes sbb along ade. hsbnd die outstation. borak2 ngan spupu sume bwh pokok manggis. pokok manggis ni special coz ade buaian kayu. main ctu rase mcm bawang merah tgu putera raje. siap nyanyi lagu pohon beringin~

mlm tu gerak ke banting. stay umah adik abg muiez. smpai lam kul 3.ijat tak reti nak tdo. kul 5 tsedar ijat panjat belakang aku. nasib baik anak buah, kalo org len da lame nak kne gigit. die siap nyanyi2 lg duk atas blakg aku. ckp pe ntah tak paham. hehe. comelnyee ijat.. kaco atuk die tdo lg tu. hehe. syg ijat. sume syg sgt kat ijat. tak saba tgu anak buah sorg lg kua. baby gurl kot.. lepas anta abg kat klia, mcm sedih jgakla. hehe.. tp myb bln 8 nie balik msia lg. balik nak kawen kot.. hu~

lpas anta abg, trus ke melake. duk borak2 lam kete smpai tlepas ke jasin. haha. mulela sesat. tp nsb baik lalu short cut. pndai jgak anak abah jd guide. stay kat umah nini. kunci umah takde. bes jgak lepak umah die.. siapkan esemen cket2. kwn2 die pon bes2 jgak.. memg sonok la. tanx nini bg tumpg. nti kite jalan2 ek.. =)

petang ahad azua amik. takyahla susah2 nek bas. syukran azua. dga cite die pnye purse n hp kne curi. sian die. hu~ sabar j la yg bleh aku ckp. mlm, tdo awal.. ready utk esoknye kne ke skolah.. praktikum yg 1st! cuti kali ni banyak perancangan keluarga yg kami buat. tp tak jd disebabkan halangan2 tertentu. sesungguhnye kita hanya merancang dan Allah jua yg menentukan. semoga apa yang terjadi mempunyai hikmah terbaik buat kita semua. amin~

Sunday, March 8, 2009

kursus kawen

alhamdulillah, akhirnya berjaya menghabiskan kusus kawen. siap dah dapat sijil sekali. tak macam pergi kusus kawen sgt pon. macam pegi dengar ceramah2 agama tentang macam mane nak bentuk keluarga yang bahagia =) insyaAllah ilmu tu akan kami sume praktikkan bile dah ade rumah tangga sdiri nanti.. hihi.. banyak nasihat yag kami dapat.. ni aku igt sket2:
1. untuk menghidupkan hati, kita kene selalu pergi dengar ceramah agama n ikut majlis2 agama.
ni penting supaya ilmu yang kita dapat tu terus hidup dalam diri kita. manusia selalu kena diperingatkan. terutama macam aku yg cepat lupe ni. majlis2 macam nie akan memberikan motivasi kpd kita, n buka hati kita untuk menjadi insan yang lebih baik.

2. setiap manusia adalah khalifah di atas muka bumi ni.
bukan setakat perdana menteri malah hakim, doktor, interrior designer, sehinggalah kepada tukang angkut sampah, pekebun atau tukang masak sekalipun merupakan khalifah di atas muka bumi ini
'tidak Aku ciptakan manusia, jin melainkan untuk beribadah kepadaku'
seperti dalam institusi persekolahan, guru besar mempunyai tanggungjawab ke atas sekolahnya, guru-guru mempunyai tanggungjawab ke atas anak didiknya, pekebun mempunyai tanggungjawab ke atas tanamannya, ketua kelas mempunyai tanggungjawab ke atas ahli kelasnya begitaulah setiap individu mempunyai tanggungjawab ke atas sahabat2nya, agamanya dan juga dirinya sendiri. dalam sebuah keluarga. ayah dan ibu mempunyai tanggungjawab masing-masing. begitu juga anak yang bakal meningkat dewasa mempunyai peranan masing2. setiap insan memainkan peranan dalam membentuk sebuah interaksi kehidupan yang sempurna. tanggungjawab adalah amanah yang nak tak nak harus dipikul oleh setiap insan. dalam melaksanakan tanggungjawab ini dengan cemerlang, kita harus berpegang kepada prinsip asas kita iaitu Islam, iman dan ihsan. kembali kepada fitrah kehidupan dan tidak hanya mengikut logik akal semata. andai Islam itu benar2 dipraktikkan, insyaAllah segala permasalahn di muka bumi ni dapat diselesaikan.
3. keluarga yang bahagia akan melahirkan masyarakat yang sempurna
pendidikan bermula di alam rumah tangga. ibu bapa harus sedar akan hal ini dan memikirkan mengenai corak apakah yang hendak diterapkan dalam diri anak-anak mereka. mustahil bagi si ketam mengajar anaknya berjalan lurus. acuan bulat takkan memberikan bentuk petak kepada kuih yang kita buat. pilihlah acuan Islam, insyaAllah kita akan selamat

sebenarnya banyak lagi ilmu yang diperolehi, ikuti kursus kawen awal pon bagus juga, bukan sebab nak kawin awal tapi untuk mendapatkan ilmu. bagi kaum adam, ana rase elok pergi bila da dekat nak kawin. kot2 terlupe ilmu rumah tangga bile kita tak praktik.. hihi.. dalam ape2 hal ibadat yang kita lakukan, mestila djalankan dengan konsisten, istiqamah. semoga kita semua beroleh keredhaan Allah s.w.t

' ya Allah, kurniakan kami jodoh yang bakal membimbing kami ke syurgamu..'

Friday, March 6, 2009

pesona cinta



Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah..

Monday, March 2, 2009

keciciran

keciciran.ni tajuk yang aku bentang mase perbentangan kelas untuk subjek education di mana kami dikehendaki untuk membentangkan isu pendidikan yang berkaitan dengan kebudayaan di dalam pendidikan. giliran aku no.11.. punyela kalut nak cari-cari isu untuk dibentangkan.
isu-isu yang hot seperti isu kemasukan pelajar non-bumiputra ke mrsm, perlaksanaan PPSMI, sekolah vernakular n lain2 semua sudah diambil oleh rakan sekelas.. akhirnya jumpe jugak tajuk mengenai laporan Murad.. isu yang dah lama sebenarnya kerana laporan dan cadangan ni dibuat pada 1972 lagi. melaporkan mengenai masalah keciciran dalam pendidikan di negara kita. aku telah keluarkan statistik-statistik mengenai keciciran yang berlaku pada masa awal kemerdekaan dan juga masa kini.
sebenarnya, tiadalah nak dijadikan isu sangat kerana pelbagai tindakan telah pun diambil kepada tidak kira tempat luar atau di dalam bandar, kaum melayu, cina atau india dan gender perempuan atau lelaki. terdapat dasar yang telah dikeluarkan oleh kerajaan iaitu ibu bapa boleh dikenakan saman sekiranya tidak mendaftarkan sekolah anak-anak. pada masa kini juga telah dijalankan pendidikan percuma iaitu pelajar tidak dikenakan bayaran yuran kecuali yuran untuk PIBG. walau bagaimanapun peruntukan untuk sekolah tidak ditambah berikutan pendidikan percuma menyebabkan guru-guru sekolah dikenakan bayaran rm 10 sebulan (di salah sebuah sekolah) kepada tabung sekolah bagi menjalankan aktiviti sekolah kerana ketiadaan peruntukan.
bagi etnik kaum orang asli pula, mereka begitu sensitif sehingga kalau ditegur guru, mereka merajuk dan enggan ke sekolah berminggu-minggu. faktor kemiskinan juga menjadi punca kerana terdapat anak-anak berumur 8 tahun tidak ke sekolah kerana bekerja mengutip bahan buangan (sampah) untuk menyara keluarga..
walaupun berbagai usaha telah dilakukan, tetap berlaku keciciran. masalah ini merupakan masalah bersama. semua pihak terlibat. kepentingan mengenai pendidikan harus didedahkan kepada masyarakat pedalaman ataupun yang berstatus rendah kerana pendidikan yang menaikkan taraf hidup seseorang itu. bukanlah hartanya. media massa seperti televisyen turut memainkan peranan penting. terlalu banyak rancangan hiburan. rancangan realiti tv turut mempengaruhi anak-anak membuatkan mereka beranggapan bahawa pendidikan tidak penting sehingga mengatakan 'ala, buat ape belajar tinggi-tinggi. jadi penyanyi, pelakon pon best banyak duit lg'. mereka yang terlalu didedahkan dengan hiburan akan menganggap pendidikan tidak penting.