Monday, March 2, 2009

keciciran

keciciran.ni tajuk yang aku bentang mase perbentangan kelas untuk subjek education di mana kami dikehendaki untuk membentangkan isu pendidikan yang berkaitan dengan kebudayaan di dalam pendidikan. giliran aku no.11.. punyela kalut nak cari-cari isu untuk dibentangkan.
isu-isu yang hot seperti isu kemasukan pelajar non-bumiputra ke mrsm, perlaksanaan PPSMI, sekolah vernakular n lain2 semua sudah diambil oleh rakan sekelas.. akhirnya jumpe jugak tajuk mengenai laporan Murad.. isu yang dah lama sebenarnya kerana laporan dan cadangan ni dibuat pada 1972 lagi. melaporkan mengenai masalah keciciran dalam pendidikan di negara kita. aku telah keluarkan statistik-statistik mengenai keciciran yang berlaku pada masa awal kemerdekaan dan juga masa kini.
sebenarnya, tiadalah nak dijadikan isu sangat kerana pelbagai tindakan telah pun diambil kepada tidak kira tempat luar atau di dalam bandar, kaum melayu, cina atau india dan gender perempuan atau lelaki. terdapat dasar yang telah dikeluarkan oleh kerajaan iaitu ibu bapa boleh dikenakan saman sekiranya tidak mendaftarkan sekolah anak-anak. pada masa kini juga telah dijalankan pendidikan percuma iaitu pelajar tidak dikenakan bayaran yuran kecuali yuran untuk PIBG. walau bagaimanapun peruntukan untuk sekolah tidak ditambah berikutan pendidikan percuma menyebabkan guru-guru sekolah dikenakan bayaran rm 10 sebulan (di salah sebuah sekolah) kepada tabung sekolah bagi menjalankan aktiviti sekolah kerana ketiadaan peruntukan.
bagi etnik kaum orang asli pula, mereka begitu sensitif sehingga kalau ditegur guru, mereka merajuk dan enggan ke sekolah berminggu-minggu. faktor kemiskinan juga menjadi punca kerana terdapat anak-anak berumur 8 tahun tidak ke sekolah kerana bekerja mengutip bahan buangan (sampah) untuk menyara keluarga..
walaupun berbagai usaha telah dilakukan, tetap berlaku keciciran. masalah ini merupakan masalah bersama. semua pihak terlibat. kepentingan mengenai pendidikan harus didedahkan kepada masyarakat pedalaman ataupun yang berstatus rendah kerana pendidikan yang menaikkan taraf hidup seseorang itu. bukanlah hartanya. media massa seperti televisyen turut memainkan peranan penting. terlalu banyak rancangan hiburan. rancangan realiti tv turut mempengaruhi anak-anak membuatkan mereka beranggapan bahawa pendidikan tidak penting sehingga mengatakan 'ala, buat ape belajar tinggi-tinggi. jadi penyanyi, pelakon pon best banyak duit lg'. mereka yang terlalu didedahkan dengan hiburan akan menganggap pendidikan tidak penting.

2 comments: