Thursday, May 7, 2009

tinta buat sahabatku..


agak lama tak jmpe ngan sahabatku yang sorang ni.. rakan seperjuangan yang pernah sama2 mengharungi cabaran dan dugaan dalam haluan perjuangan ini.
Namun mungkin perjuangan dan cabaran kami berbeza buat masa ni.. dia dengan cabaran yang lebih hebat.

Semoga Berjaya diharunginya. Kesibukan science fair masih tidak dapat membuatkan aku lupa mengenai ketiadaan sahabatku itu.. ya Allah, mengapa begitu berat bebanan yang tergalas di bahunya.. mungkin ini ada hikmah dari Mu.. dugaan ini layaknya buat insan yang kuat sepertinya dan jika aku yang melaluinya, mungkin adalah balasan untuk manusia yang jahil dan lemah sepertiku.

Walaupun kami tak begitu akrab, tetapi dialah antara yg paling rapat denganku.
Tempat aku meluahkan rasa..
Berkongsi suka dan duka..
yaAllah, aku amat menyayangi sahabat2ku. Aku amat menyayanginya ya Allah.. menyayanginya kerana Mu dan RasulMu..

jujur aku akui, aku seakan tidak mampu untuk menerima knyataan ni. Mimpi ke ni? Kalo mmpi kan bagus.. mcm terbayang lagi senyumannya.. nampak tenang, tp siapa tahu bebanan yang ditanggungnya.. yaAllah, berikan ketenangan hati kepadanya..
Dia nampak terlalu tenang, tak macam kami yang cepat melatah. Sentiasa berhikmah dalam melakukan sesuatu, begitu juga tenang dalam menghadapi masalah..
Dia lah antara yang banyak menyedarkan aku, meleraikan kekusutan dlm hatiku.. menyuluh jalan untukku.. persahabatan yang indah.. dia dengan kehidupan yang hampir denganMu ya Allah, sedangkan aku masih terlalu jauh dariMu..
Walau di mana pun sahabatku berada, semoga tabah mengharungi ujian ini.. ujian orang2 yang beriman.. semoga Berjaya mengharunginya. Untuk sahabat2 yang lain, sama2 kite doakan sahabat kita ni.. persahabatan hingga ke akhir hayat.. insyaAllah..

Hadis:
‘suatu ketika aku melihat beberapa umat. Kemudian aku melihat umatku telah memenuhi gunung dan jurang. Keadaan mereka amat menghairankan. Maka dikatakan kepadaku, “ apakah engkau rela?” aku jawab “ya”. Dikatakan bahawa bersama mereka ada 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Ditanyakan, “siapakah mereka wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “ ialah mereka yang tidak pernah susah hati dan selalu bertawakkal kpd Tuhannya”

>Terjemahan kitab mukhashafah al Qulub<
-Penenang jiwa jilid 1-


'aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.. sahabat yang baik adalah yang seiring dengnku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan mati. kuhulurkan tgn kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. aku selalu berharap akan mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. jika aku dapat, aku akan setia padanya'
-imam Syafie-

3 comments:

  1. Salam..imah,sabarla yea..ni semue dugaan dari Allah..kita sbg manusia ni pon x tau ape hikmah yang terselindung di sebalik semue kejadian ni..yang pasti,semua yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.kita sbg rakan doakan la hanya yang terbaik untuk die,ok..

    senyum yea,imah..=)

    ReplyDelete
  2. imah...aku pn rse sdeh gak bile sume ni berlaku.rsenye cam bru smalam je berckp ngn die...even aku xla trlalu rpat ngn die,tp aku trase gk kehilangannya.bile aku pndg sbelah aku..sure aku tringat kt die.hopefully die dpt harungi semua dugaan tu dgn tabah.hpe fmily die pn dh sihat.

    don't be sad,u still r my good friends.

    ReplyDelete
  3. http://cintatita.com

    ReplyDelete